Transformasi Diri
Jom pergi Seminar Transformasi Diri pada 21 Disember 2014 InsyaAllah!
Bertempat di Dewan DECTAR, UKM.
Bayangkan, apa yang kita akan dapat sekiranya kita membahagikan masa kita antara 8:30 pagi hingga 5:30 petang macam waktu bekerja untuk hari Ahad ini.
InsyaAllah masa yang dilaburkan akan memberikan hasil yang berlipat ganda dari sudut
ilmu menguasai diri, minda dan langkah-langkah untuk transformasi diri.
Mungkin ramai yang berfikiran, "alah sudah biasa ke seminar dan program, masih sama sahaja diriku".... InsyaAllah Seminar ini akan benar-benar memberikan anda peluang untuk
REFLEKSI DIRI
- anda akan ketahui tahap diri anda, kenali diri anda dan sedar untuk melakukan perubahan positif
INSPIRASI DIRI
- dapat inspirasi untuk melakukan perubahan, tahu apa untuk ubah dan bagaimana
TRANSFORMASI DIRI
- lakukan perubahan positif yang kekal dan bermula dari dalam diri
Harga tiket sangat murah dan berpatutan... hanya RM 80.
Penceramah utama adalah:
Professor Dr Muhaya Hj Mohamad
- Seorang pakar Mata dan kini bertugas sepenuhnya di Prof Muhaya Eye and LASIK Centre.
Jangan pelik, walaupun beliau seorang pakar mata namun jiwa dan raga beliau diberikan untuk memberi inspirasi kepada semua. Kelebihan beliau adalah dalam membuatkan anda kenali diri, ketahui apa sebenar tujuan hidup anda dan beliau sangat direct dalam kata-kata beliau dan berani berkata-kata untuk memberitahu anda perkara sebenar.
Mr Addaem Mikhael Chandran
- Seorang Mualaf yang jatuh cinta pada agama Islam dan sangat menghargai agama ini. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang korporat namun berkebolehan untuk memberi inspirasi kepada insan lain agar dapat melakukan perubahan. Beliau merupakan Certified Life Coach dan NLP Practitioner.
Dr Noor Atiyah Azmi
- Ya, itu saya :)). InsyaAllah saya akan berkongsi teknik untuk menguasai minda dan bagaimana hendak berinteraksi dengan manusia lain. Saya amat meminati bidang komunikasi ini, dan Alhamdulillah saya berpeluang mempelajarinya daripada pembelajaran NLP practitioner course.
Pengacara Program:
Fara Fauzana
- Siapa tidak kenal akan pengacara yang begitu terkenal di tanahair ini. Penghijrahan beliau telah memberi impak yang besar kepada industri hiburan secara positif dan anda pasti tidak bosan kalau duduk sehari bersama beliau kerana kata-kata beliau pasti mencuit hati pada masa yang sama meninggalkan kesan yang dalam.
Sama-sama kita doa agar Allah memberikan kita ruang dan waktu untuk melakukan kebaikan. Semoga Seminar ini benar-benar dapat memberi inspirasi dan menggalakkan mereka yang hadirnya melakukan transformasi diri yang kekal kerana ANDA BOLEH!
Untuk melakukan pendaftaran, sila ke
event.assohwah.com
atau
telifon/SMS:
010 288 0241
Comments